Jenis Dan Rawatan Glaukoma
Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bola mata seseorang.
Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan saraf optik sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran masuk-keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang.
Ilustrasi perkembangan Glaukoma, klik untuk imej lebih besar/jelas
Jenis Dan Tanda-Tanda Glaukoma
Berikuta adalah jenis-jenis dan tanda-tanda serta ciri-ciri penyakit Glaukoma:
Glaukoma Akut
Kebanyakan pesakit yang mengidapi glukoma jenis ini mempunyai struktur dalaman mata yang berbeza dari normal, yang mana menyebabkan aliran cecair dalaman mata terhalang oleh iris.
- Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata
- Memerlukan rawatan kecemasan
- Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan anda
- Anak mata menjadi putih
Glaukoma Kronik
Struktur dalaman mata adalah normal. Walau bagaimanapun cecair dalaman mata mengalir terlalu perlahan, menyebabkan cecair serta tekanan dalaman mata beransur meningkat.
- Glaukoma Kronik melarat perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan
- Mangsanya tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalu lambat mendapatkan rawatan
- Ruang penglihatan menjadi semakin kecil
- Penglihatan kabur dan rabun
- Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap
- Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang
Rawatan Glaukoma
Apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda Glaukoma Kronik beliau perlu
mendapatkan rawatan SEGERA. Rawatan awal boleh mencegah kehilangan
penglihatan.
Rawatan untuk Glaukoma Kronik adalah mudah dan tidak merbahaya iaitu dengan:
- Ubat titisan mata
- Ubat makan (pil)
- Pembedahan
Ubat titis mata dan pil membantu mengurangkan tekanan di dalam bola mata.
Bentuk rawatan ini perlu diikuti dengan rapi dan mungkin berterusan sepanjang hayat.
Pembedahan diperlukan jika rawatan ubat titis dan pil tidak dapat mengawal tekanan yang tinggi di dalam bola mata. Pembedahan akan melancarkan pengeluaran cecair dari bola mata.
Rawatan Susulan
Pesakit Glaukoma perlu mengikuti rawatan susulan yang rapi untuk menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan berikut :-
- Ruang penglihatan
- Daya penglihatan
- Pemeriksaan pada bola mata
- Tekanan di dalam bola mata
Pemeriksaan-pemeriksaan ini dijalankan pada setiap lawatan untuk menentukan rawatan serta mengawal penyakit ini daripada menjadi bertambah buruk.
Pengesanan Dan Rawatan Awal Glaukoma
- Segera|ah berjumpa doktor mata jika anda mempunyai tanda-tanda Glaukoma
- Periksalah mata anda setahun sekali jika ada ahli keluarga anda pernah menghidapinya (faktor keturunan)
- Jalanilah pemeriksaan Glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas
No comments :
Post a Comment