Khasiat Dan Kelebihan Buah Kurma

June 26, 2015 | |   2 comments

Buah kurma atau tamar mempunyai pelbagai khasiat serta memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan. Berikut disenaraikan beberapa khasiat buah kurma yang memberi manfaat kepada pelbagai aspek kesihatan badan anda.

  • Serat makanan

    Kurma (kulitnya) kaya dengan serat dan boleh meredakan sembelit dan membersihkan usus besar. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, lalu  mempermudahkan pembuangan air besar. Untuk meredakan sembelit, rendam kurma semalaman dan ambilnya bersama-sama dengan air.

  • Penyakit jantung

    Kurma adalah rendah kalori, sangat rendah lemak dan tiada kolesterol. Ia menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan menyerap semua kolesterol daripada arteri. Kelebihan-kelebihan ini menjadikan kurma sangat sesuai untuk dijadikan snek bagi pesakit jantung.

  • Berat badan

    Hakikat bahawa kurma tinggi dengan serat dan merupakan sumber tenaga yang baik, menjadikan mereka sempurna untuk diet penurunan berat badan. Kurma menghilangkan rasa lapar dan mengekang nafsu makan.

  • Kesihatan tulang

    Kurma juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi, yang boleh meningkatkan kesihatan tulang. Jadi, ia adalah makanan yang sihat, yang boleh mencegah osteoporosis dan artritis.

  • Meningkatkan hemoglobin

    Wanita berisiko tinggi menghidapi anemia, jadi masukkan kurma dalam diet anda untuk meningkatkan tahap hemoglobin anda. Kurma adalah sumber yang kaya dengan zat besi, yang meningkatkan pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan peredaran darah.

  • Mencegah serangan stroke / angin ahmar

    Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke disebabkan tingginya kandungan kalium. Kajian menunjukkan pengambilan kalium dapat menjaga dinding pembuluh darah supaya kekal elastik dan berfungsi tidak mudah rosak akibat tekanan darah.khasiat kelebihan buah kurma tamar

  • Antioksidan

    Antioksidan dan asid amino yang ada di dalam kurma, dapat membantu badan dengan meningkatkan kesihatan jantung, penghadaman, dan penjagaan kulit. Antioksidan dan serat larut dan tidak larut membantu meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

  • Stor tenaga

    Kurma juga gudang tenaga atau powerbank. Glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam kurma adalah sumber tenaga yang baik pada hari yang memenatkan.

  • Penjagaan rambut

    Masalah rambut seperti hujung bercabang, rambut kusam dan rambut yang rosak adalah sebahagian daripada masalah harian kita. Vitamin B, yang hadir dalam kurma membantu mencegah masalah rambut itu.

  • Keguguran rambut

    Vitamin B5 adalah baik untuk rambut. Tetapi, kurma juga membantu menguatkan rambut pada kulit kepala dan membantu menyuburkan rambut dari akar ke hujung.

  • Radikal bebas

    Vitamin B5 kurma dan asid amino membantu melawan radikal bebas, sekali gus meningkatkan arteri dan membaiki sel-sel rosak.

  • Penjagaan kulit

    Kurma mengandungi vitamin A, yang bagus untuk kulit. Vitamin A dan B5 adalah kunci untuk menyegarkan kembali kulit. Jadi, kurma adalah baik untuk penjagaan kulit.

  • Wanita hamil dan selepas bersalin

    Buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Sangat sesuai untuk wanita mengandung dan boleh membantu memulihkan para ibu yang dalam keadaan lemah selepas bersalin. Zat besi dan kalsium juga adalah unsur yang paling penting bagi pembentukan susu ibu.

Secara keseluruhannya apa yang membuatkan kurma sangat baik untuk kesihatan adalah kandungan vitamin, mineral dan seratnya. Kurma mengandungi vitamin A, B, E, K, niasin dan thiamine dan mineral seperti zat besi, potassium, selenium, magnesium, fosforus dan kuprum, yang merangsang dan meningkatkan tahap kesihatan badan anda.

2 comments :

  1. Yep agreed ... Kurma mmg banyak kelebihannya ,,, Thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. memang best makan kurma buat kudap2 :)

    ReplyDelete

Arkib
Click to go to top