Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi

July 02, 2015 | |  1 comments

Hypertension atau Tekanan Darah Tinggi adalah keadaan di mana tekanan jangka panjang darah terhadap dinding arteri anda cukup tinggi yang akhirnya boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Ia adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

Tekanan Darah Tinggi berlaku bilamana bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih dan /atau diastolik 90 mmHg.

Bacaan tekanan darah, yang diberikan dalam milimeter merkuri (mm Hg), terdiri dari dua nombor. Yang pertama, atau atas, mengukur tekanan darah dalam arteri apabila jantung anda berdegup (tekanan sistolik). Kedua, atau yang bawah, mengukur tekanan dalam arteri anda diantara degupan (tekanan diastolik). atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi.


Kepentingan Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah perlu dikawal kerana:

  • Membawa kepada beberapa akibat buruk seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
  • Rawatan di peringkat awal adalah lebih baik bagi mengawal penyakit darah tinggi dan mengelak komplikasi.


Faktor Risiko Penyakit Darah Tinggi

  • Berat badan berlebihan atau obes
  • Apabila umur semakin meningkat
  • Sejarah penyakit darah tinggi di kalangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau adik-beradik
  • Mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil
  • Merokok
  • Mempunyai penyakit seperti diabetes, kegagalan buah pinggang dan tiroid
  • Tidak bersenam
  • Stress dan tekanan
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Pengambilan garam berlebihan dalam makanan
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan


Tanda Dan Gejala Darah Tinggi

  • Selalunya hipertensi / darah tinggi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti sakit atau pening kepala.


Komplikasi

Rawatan awal dan berterusan dapat mencegah komplikasi darah tinggi seperti berikut:

  • Penyakit jantung koronari
  • Serangan jantung
  • Strok/angin ahmar
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Pengerasan arteri (atherosclerosis)
  • Kerosakan mata yang boleh menyebabkan kebutaan


Pemeriksaan Darah Tinggi

  • Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat secara berjadual perlu dilakukan bagi pesakit darah tinggi. Antara jenis pemeriksaan yang mesti dilakukan:
    • Pemeriksaan tekanan darah
    • Pemeriksaan jantung seperti Echocardiography (ECG), dan X-ray dada
    • Pemeriksaan mata
    • Strok/angin ahmar
    • Pemeriksaan buah pinggang seperti urin protein, urin albumin, serum creatinine, dan urin microalbumin
  • Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat secara berjadual perlu dilakukan bagi pesakit darah tinggi. Antara jenis pemeriksaan yang mesti dilakukan:
    • Jenis alat yang boleh digunakan
    • Cara penggunaan alat yang betul
    • Kekerapan pemeriksaan
    • Keputusan tekanan darah hendaklah dibawa dan berbincang dengan Doktor, Penolong Pegawai Perubatan atau Jururawat


Cara Menurunkan Darah Tinggi

Cara berikut boleh menurunkan tekanan darah dan mengawal darah tinggi:

  • Amalkan cara hidup sihat- bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 20-30 minit setiap kali
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan garam dan lemak, lebihkan sayur dan buah-buahan serta pilihlah makanan segar
  • Sasar dan kekalkan berat badan unggul
  • Jangan mengambil alkohol dan minuman keras
  • Tidak merokok
  • Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor

Rujukan: Hypertension/ Tekanan Darah Tinggi

1 comment :

  1. Memang satu info yang berguna. Laa ni penyakit darah tinggi bukan hanya kepada orang tua.. bahkan remaja pun dah ada penyakit ni.. faktor pemakanan dan malas bersenam menjadi faktor utama penyakit ini di kalangan remaja.

    ReplyDelete

Arkib
Click to go to top