Tanda, Rawatan Dan Pencegahan Penyakit Tibi (Tuberkulosis)

March 28, 2016 | |  1 comments

Tibi (Tuberculosis) atau batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.


Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-paru

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Tibi:

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah letih


Cara Jangkitan Penyakit Tibi

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

tb tibi tuberculosis batuk kering


Cara Mengesan Tibi

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta:

  • Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,
  • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat


Rawatan Tibi DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit TB.

Prinsip-prinsip DOTS adalah:

  • Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan - supaya semua kuman tibi di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya. 
  • 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
  • Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Ubat yang biasa diberi untuk rawatan tibi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide, streptomycin dan ethambutol. Sama seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga memberi kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan.

Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.


Pencegahan Penyakit Tibi

  • Dapatkan suntikan BCG (Bacillus Calmette–GuĂ©rin) bagi
    - Bayi yang baru lahir
    - Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan
  • Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
  • Asingkan bilik tidur pesaki, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan menyentuh orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.
  • Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan.


Tip Umum Untuk Pesakit Tibi

  • Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
  • Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.
  • Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.


Kemudahan Mengesan Dan Rawatan Tibi

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperolehi secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.

Baca juga:

1 comment :

  1. Penyakit Tibi ni memang bahaya dan boleh berjangkit. Syukurlah sekarang teknologi perubatan makin maju. Ada banyak alternatif perubatan jug aseperti pengambilansupplemen yang membantu penyembuhan yang lebih cepat.

    ReplyDelete

Arkib
Click to go to top