Panduan Memilih Dan Memakai Topeng Jerebu

July 04, 2015 | |   4 comments

Kita sering melihat orang ramai memakai topeng pembedahan (surgical mask) untuk perlindungan semasa jerebu. Sebenarnya surgical mask tidak sesuai untuk jerebu kerana ia direka untuk menghalang air liur, kahak dan hingus sipemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin, dan bukannya melindungi sipemakai dari pencemaran udara.

Surgical mask atau face mask biasa tidak mampu menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Ia juga tidak melekap pada muka, membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka.

topeng surgikal untuk jerebu

Face mask biasa hanya memberi rasa selamat yang palsu

Topeng muka yang sesuai untuk melindungi anda daripada jerebu ialah topeng pernafasan (respirator) N95 yang mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia. Respirator N95 mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer.

topeng N95 untuk jerebu

Topeng N95 paling sesuai untuk jerebu

Respirator N95 melekap pada muka, menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.


Cara-cara Memakai Respirator N95 Dengan Betul

cara pakai topeng N95

4 comments :

  1. terima kasih atas panduan ini...

    psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

    ReplyDelete
  2. baru tahu surgical mask tu utk rasa selamat palsu.

    Jemput ke blog saya.

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  3. ohh baru tahu.tq for the info.mohon share :)

    ReplyDelete
  4. beli yang budak2 grafiti pakai tu lg stylo dan sihat hahahah

    ReplyDelete

Arkib
Click to go to top