Petua Cerahkan Kulit Menggunakan Beras

July 01, 2015 |

Semua wanita inginkan kulit cerah, putih dan gebu. Tahukah anda bahawa beras, bahan semulajadi yang anda jumpa hari-hari tu boleh digunakan untuk mencerahkan kulit anda?

Beras kaya dengan PABA (para aminobenzoic acid), iaitu  pelindung sinaran matahari yang sangat baik. Apabila diambil secara dalaman, PABA juga meningkatkan tahap Vitamin C dalam badan kita.

Beras juga mengandungi dua lagi agen pelindung sinaran matahari - asid ferulik dan allantoin.

  • Asid ferulik adalah antioksidan. Saintis telah mendapati bahawa apabila asid ferulik ditambah kepada Vitamin C dan E, keupayaan perlindungan matahari meningkat menjadi dua kali ganda.
  • Allantoin pula adalah agen anti-radang yang baik. Ia melegakan selaran matahari dan juga menggalakkan pemulihan kulit.

Berikut adalah rahsia menggunakan beras untuk mencerahkan wajah anda. Murah dan mudah.

Terdapat dua cara:

  • Menggunakan air beras
  • Menggunakan tepung beras (beras yang dikisar)

petua air beras cerahkah wajah muka


Petua Mencerahkan Kulit Muka Menggunakan Air beras

Berikut adalah cara-cara menyediakan dan merawat muka menggunakan air basuhan beras:

  1. Bila mana anda ingin memasak nasi,  jangan buang air basuhan beras. Tuangkan ke dalam mangkuk dan simpan untuk rawatan muka.
  2. Splash air beras ke muka anda beberapa kali (Tip: exfoliate kulit anda terlebih dahulu dengan scrub atau tuala kecil supaya air beras dapat diserap dengan lebih baik).
  3. Biarkan muka kering sendiri, jangan lap dengan tuala.
  4. Simpan air lebihan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Kekerapan dan keputusan: Lakukan ini secara konsisten sekurang-kurangnya sekali seminggu dan anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih cerah selepas sebulan. Anda boleh melakukannya dengan lebih kerap jika mahu.


Petua Mencerahkan Kulit Muka Menggunakan Masker Beras

Ikuti langkah berikut untuk menyediakan dan merawat muka menggunakan masker beras:

  1. Kisar beras menggunakan blender sehingga halus.
  2. Masukkan sedikit susu sehingga campuran itu menjadi pes.
  3. Lumurkan pes ini pada muka dan leher anda. Biarkan selama 20-30 minit.
  4. Basuh dan bilas muka dengan air suam.

Kekerapan dan keputusan: Lakukan ini secara konsisten sekurang-kurangnya sekali seminggu dan anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih cerah selepas sebulan.

Pes beras bukan sahaja membuat kulit anda lebih cerah, tetapi juga kulit menjadi lebih licin dengan kurang kedutan.


Penggunaan Beras Dalam Kosmetik

Adakah mungkin terkejut mendapat tahu bahawa beras digunakan dalam banyak kosmetik mahal dan krim kulit? Beberapa contoh ini adalah Kose Moisture Skin Repair Cream, L’Occitane Purifying Rice Toner, Clarifying Rice Mask, dan Elegant Minerals Rice Setting Powder.

Berikut adalah dua kegunaan yang paling biasa bagi beras dalam penjagaan kulit dan kosmetik:

  • Digunakan untuk menyerap minyak untuk mencapai kulit matte (tak berkilau). Jika anda mempunyai kulit yang sangat berminyak, menggosok serbuk beras ringan di muka akan memberi kesan matte.
  • Dalam krim anti-kedutan. Banyak krim kulit anti-penuaan dan anti-kedutan mengandungi ceramides yang diekstrak daripada beras.

Semuga petua mencerahkan kulit dengan beras di atas dapat membantu anda mendapat wajah yang lebih cantik, cerah dan gebu dengan mudah, selamat dan kos yang murah.

Ingat, jangan gunakan krim pencerah / kosmetik  yang mengandungi racun kerana ianya tak berbaloi.

Arkib
Click to go to top