Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu

October 22, 2015 | |   0 comments

Jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai terutama mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori, mereka yang sensitive kepada habuk, dan mereka yang sentiasa bekerja di luar.

Anda tidak boleh mengawal jerebu, tetapi anda boleh mengambil tindakan untuk melindungi diri anda dan mengurangkan kesan-kesan bahaya jerebu.


Langkah-langkah Menghadapi Jerebu

Berikut adalah langkah-langkah penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit semasa jerebu sepertimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

kesihatan semasa jerebu

  • Sentiasa (seboleh mungkin) berada di dalam bangunan / rumah.
  • Tutup semua pintu dan tingkap bagi menghalang asap jerebu daripada masuk ke dalam rumah kediaman atau pejabat.
  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
  • Banyakkan minum air kosong untuk mengurangkan sakit tekak, dan membantu ginjal dalam proses perkumuhan.
  • Sekiranya memandu kenderaan, tutup semua tingkap dan hidupkan alat penghawa dingin (setkan pada mod kitaran dalam).
  • Gunakan topeng muka / penutup hidung & mulut yang sesuai sekiranya melakukan aktiviti di luar rumah terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
  • Pesakit batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
  • Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Foto: BERNAMA

No comments :

Post a Comment

Arkib
Click to go to top