Senarai Sekolah Tutup 5 Dan 6 Oktober 2015

October 04, 2015 | |   0 comments

Pengumuman senarai sekolah cuti dua hari, pada 5 Dan 6 Oktober 2015 berikutan jerebu. 

Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui laman Facebooknya mengumumkan mengenai penutupan sekolah berikutan jerebu:

Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) turut perlu ditutup.

  • Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah.
  • Sekolah-sekolah terbabit TIDAK PERLU menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.
  • PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.

jerebu cuti sekolah 5 dan 6 okt 2015

Dalam perkembangan berkaitan, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober, ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan sekolah oleh Kementerian Pendidikan.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha, subjek UPKK yang ditangguhkan ialah Ulum Syariah, Sirah serta Jawi Dan Khat. Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Jadual peperiksaan UPKK pada hari Rabu dan Khamis (7 dan 8 Oktober) berjalan seperti yang dijadualkan.

No comments :

Post a Comment

Arkib
Click to go to top