Tanda-Tanda Dan Rawatan Demam Denggi

January 24, 2016 | |  1 comments

Berikut adalah tanda-tanda atau gejala demam Denggi / Dengue fever. Pastikan segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan sekiranya anda atau orang tersayang mengalami sebahagian atau semua simptom di bawah.


TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut.
  • Sakit kepala yang teruk/kuat.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan bahagian belakang bola mata.
  • Ruam merah di kulit juga boleh terjadi. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan gusi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40-41°C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
  • Hilang selera makan.
  • Sakit perut / cirit-birit / muntah-muntah.
tanda simptom gejala demam denggi


RAWATAN DEMAM DENGGI

  • Segera berjumpa doktor kerana buat masa ini tiada ubat yang khusus untuk merawat demam Denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat Paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat tahan sakit Aspirin.
  • Mandi jerlum / sponge bath iaitu membasahkan anggota badan menggunakan tuala atau sepan untuk menurunkan suhu badan.

Maklumat Denggi:

1 comment :

  1. nice sharing
    sekarang ni nyamuk yang sama penyebab virus lain pula kan
    takut betul...macam2 zmn sekarang ni

    ReplyDelete

Arkib
Click to go to top