Tanda, Rawatan Dan Pencegahan Rabies

July 21, 2017 |

Berikut adalah sedikit perkongsian maklumat mengenai penyakit Rabies.

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit akut bawaan virus (Lyssavirus) yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak manusia dan mamalia lain.

Mangsa yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan Rabies biasanya akan menemui ajal.

simptom, tanda, gejala, rawatan dan pencegahan penyakit Rabies


Tanda dan Gejala Rabies Pada Manusia

Tanda-tanda Rabies biasanya mula kelihatan 1-3 bulan selepas jangkitan virus, bergantung kepada lokasi dan tahap luka gigitan. Berikut adalah tanda-tanda dan gejala penyakit Rabies pada manusia:

  • Tanda-tanda klinikal awal Rabies termasuk rasa gelisah, sakit kepala, demam, lesu dan rasa perit di sekitar tempat gigitan.
  • Rabies jenis Furious rabies mempunyai tanda dan gejala seperti mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada air (hidrophobia).  Sesetengahnya berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, meracau, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.
  • Manakala rabies jenis paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh. Ianya disusuli dengan koma dan akhirnya kematian.


Bagaimana Rabies Berjangkit dan Merebak

Jangkitan rabies disebabkan oleh virus rabies yang wujud dalam air liur haiwan yang dijangkiti. Haiwan ini boleh menyebarkan virus dengan menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusia.

Rabies juga boleh menjangkiti manusia melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti.


Rawatan Penyakit Rabies

Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies.

  1. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit.
  2. Segera dapatkan rawatan doktor.


Langkah Pencegahan Rabies

Berikut adalah antara langkah pencegahan Rabies:

  • Melakukan vaksinasi
    1. Memberikan vaksin rabies kepada anjing peliharaan supaya tidak mendapat jangkitan rabies daripada anjing liar.
    2. Memberikan vaksin rabies kepada golongan berisiko seperti pengendali pusat jagaan haiwan, petugas yang terlibat dalam kawalan anjing liar serta pekerja pembersihan taman awam yang mungkin terdedah kepada gigitan anjing.
  • Mengenalpasti dan memusnahkan haiwan yang dijangkiti.
  • Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
  • Penyakit anjing gila dapat dicegah dengan rawatan awal. Individu yang digigit anjing yang dijangkiti rabies harus segera mencuci kawasan luka dengan air bersih serta sabun dan segera mendapatkan rawatan doktor.

Semoga fakta-fakta tentang Rabies di atas bermanfaat untuk semua pembaca.

Sumber dan rujukan: Portal MyHealth, WHO dan video mengenai rabies

Arkib
Click to go to top