Petua Mengelakkan Sakit Urat

June 07, 2017 |

Untuk memelihara kesihatan urat geramat, orang-orang tua kita dalam perubatan tradisional Melayu melarang meminum atau memakan bahan-bahan yang boleh melemahkan urat saraf dan tidak membawa keaktifan dalam gerak hidup.

Berikut adalah 15 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan untuk menghindari sakit/demam urat.

petua elakkan demam urat dan sakit badan


Senarai Makanan & Minuman Penyebab Sakit Urat

  • Ais dan air yang sangat sejuk (kesannya mudah terasa pada paru-paru dan kepala)
  • Air nira kelapa (bila diambil dengan kuantiti banyak)
  • Air kelapa (bila diambil dengan kuantiti banyak)
  • Umbut kelapa (sebab sejuk)
  • Kacang panjang (bersulur, demikian juga pantang bagi orang yang baru patah tulang)
  • Buah terung (kurang baik untuk penyakit dalam perut yang membawa kerosakan urat)
  • Buat petai (biasanya bila dimakan melebihi 5 biji)
  • Pisang Jelai (sebab sejuknya); berbeza dengan pisang Abu/Kebatu dan pisang Kelat Keling
  • Pisang Nangka dan pisang Kekarang
  • Buah labu (bila diambil dengan kuantiti banyak)
  • Buah dokong, duku dan langsat (bila diambil dengan kuantiti banyak)
  • Buah bacang dan kuinin (bila banyak, mungkin dengan sebab banyak urat dalam buahnya serta masamnya)
  • Buah nangka dan cempedak
  • Pulut (boleh menyebabkan badan tidak aktif)
  • Laksa (boleh menyebabkan sakit urat, suka tidur dan malas bergerak)

Semoga senarai makanan dan minuman yang menyebabkan sakit urat di atas boleh dijadikan panduan dalam penjagaan kesihatan anda.

Arkib
Click to go to top