Bahaya Kosmetik Mengandungi Merkuri, Hydroquinone Dan Tretinoin

March 02, 2018 |

Produk-produk kosmetik untuk rawatan dan pencerahan wajah seringkali dicampurpalsu dengan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, asid azelaik dan merkuri.

Produk kosmetik berbahaya ini lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan/memutihkan kulit, gebukan kulit, merawat masalah jerawat, jeragat, kedutan dan kulit tidak sekata.

Banyak produk kosmetik atau produk kecantikan telah dibatalkan notifikasinya oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan dikesan mengandungi bahan-bahan berbahaya ini. Malah banyak produk kecantikan terutama yang dijual secara online tidak pernah berdaftar dengan KKM.

Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan sipengguna. Berikut adalah senarai kesan-kesan mudarat/buruk racun ini di alam bentuk jadual supaya mudah dirujuk.

HYDROQUINONE TRETINOIN MERKURI ASID AZELAIK
Tujuan
  • Mencerahkan kulit
  • Merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata
  • Merawat masalah jerawat
  • Membantu mengurangkan kedutan
  • Mencerahkan kulit
  • Rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan
  • Merawat masalah jerawat
Kesan mudarat
  • Kulit kemerahan
  • Kulit menjadi hipersensitif
  • Menghalang proses pigmentasi (depigmentasi)
  • Mengurangkan perlindungan kulit daripada UV
  • Risiko kanser kulit
  • Pedih dan menggelupas
  • Hipersensitif kepada matahari
  • Kulit tidak selesa

Kesan jika produk diserap masuk ke kulit:

  • Kerosakan buah pinggang dan sistem saraf
  • Kulit ruam dan inflasi
  • Mengganggu perkembangan otak kanak-kanak
  • Kulit rasa terbakar
  • Kegatalan
  • Kesan kemerahan
  • Kulit rasa kesemutan serta kebas

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada racun berjadual boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandunginya yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada racun ini apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandunginya atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

kesan sampingan kosmetik racun berjadual

Semoga maklumat kesan sampingan mudarat kosmetik yang mengandungi bahan racun terjadual ini bermanfaat buat pembaca.

Arkib
Click to go to top