Tanda-Tanda Dan Rawatan Demam Denggi
Berikut adalah tanda-tanda atau gejala demam Denggi / Dengue fever. Pastikan segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan sekiranya anda atau orang tersayang mengalami sebahagian atau semua simptom di bawah.
TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
- Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut.
- Sakit kepala yang teruk/kuat.
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan bahagian belakang bola mata.
- Ruam merah di kulit juga boleh terjadi. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan gusi.
- Demam ini boleh mencapai suhu 40-41°C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
- Hilang selera makan.
- Sakit perut / cirit-birit / muntah-muntah.

RAWATAN DEMAM DENGGI
- Segera berjumpa doktor kerana buat masa ini tiada ubat yang khusus untuk merawat demam Denggi.
- Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat Paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
- Elakkan ubat tahan sakit Aspirin.
- Mandi jerlum / sponge bath iaitu membasahkan anggota badan menggunakan tuala atau sepan untuk menurunkan suhu badan.
Maklumat Denggi:
nice sharing
ReplyDeletesekarang ni nyamuk yang sama penyebab virus lain pula kan
takut betul...macam2 zmn sekarang ni